APA ITU E-INVOIS ?

Bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital, Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan e-Invois secara berperingkat dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai di Malaysia. Ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, di mana salah satu tumpuan utamanya adalah untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai. e-Invois akan membolehkan pengesahan dan penyimpanan transaksi hampir masa nyata, memenuhi transaksi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web https://www.hasil.gov.my/en/e-invoice/.

eInvoice